Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

DROPSHIPPING

Carta Aliran Order Dropship


main_img_dropshipping

Apakah Perniagaan Dropship?
Dropshipping adalah satu bentuk penghantaran produk di mana penjual (reseller) menerima pembayaran untuk pesanan, tetapi pelanggan menerima produk terus dari pengeluar (dropshipper). Di dalam peraturan dropshipping, penjual bertindak sebagai perantara antara pengeluar dan pelanggan. Keuntungan yang diperoleh dalam transaksi ini adalah perbezaan antara harga borong dan harga runcit dari barang yang dijual.
Secara ringkasnya, perniagaan dropshipping ini:
  • Ada yang jenis berbayar dan juga percuma untuk menjadi reseller
  • Tidak memerlukan modal
  • Tidak perlu menyimpan stok
  • Tiada risiko kerugian modal atau bimbang stok tak laku
  • Boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang mencari side income secara part time/full time sama ada melalui kaedah online atau offline malah boleh dilakukan di rumah sahaja.
carta-dropship

Carta Alir Perniagaan Dropship
Reseller/Agen dropship adalah anda sebagai agen yang mempromosikan produk. Anda boleh melakukan promosi di blog, facebook, website, secara offline dan sebagainya. Anda akan menerima bayaran daripada buyer yang berminat untuk membeli produk yang anda promosikan. Kemudian anda akan membuat tempahan dan membayar pada harga agen. Baki duit tersebut adalah keuntungan untuk anda.
Dropshipper: Pihak yang bertanggungjawab menguruskan tempahan daripada reseller (anda), membungkus tempahan dan pos terus kepada buyer.
Buyer: Buyer yang berminat akan membuat tempahan kepada reseller (anda) pada harga yang diberikan.

Cara Bisnes Dropship
Anda mendaftar sebagai reseller (agen dropship) dengan menjual produk daripada dropshipper. Segala gambar dan info produk akan diberikan kepada anda oleh pembekal dan anda mempromosikannya melalui web ecommerce, facebook, twitter, mudah.my atau di mana  - mana sahaja.

Sebagai contoh:
Anda promosi satu produk ni, harga pembekal berharga RM100. Anda pun mula promosi produk tersebut dan menjualnya pada harga jualan iaitu RM200. Anda terus dapat keuntungan sebanyak RM100 dan proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal dropship. Itu baru satu jualan, bayangkan jika anda dapat 10 jualan sehari ? Anda sudah dapat RM1000 dengan kerja yang ringkas dan mudah. Lumayan kan?
lihat berapa banyak keuntungan yang anda dapat TANPA MENGELUARKAN, MODAL,TANPA PERLU SIMPAN STOK DAN TANPA MEMIKIRKAN KERUGIAN MODAL ATAU BIMBANG STOK TAK LAKU

Itulah serba sedikit penerangan ringkas tentang perniagaan dropship.

Sesiapa berminat untuk menjadi agen dropship D'Jelita Fesyen Muslimah sila email dan PM yer
email: rilshoppe@gmail.ocm
fb: http://bit.ly/DJelitaFesyenmuslimah


1 comments:

Unknown said...

Blh tak saya iklankan dlm fb sy?

Post a Comment